Smile--An Everlasting Smile:-)

Tuesday, December 21, 2010

Kerajaan Bakal Mewajibkan Modul Khas Kesihatan Kepada Belia Terpinggir

     
 Menteri Kesihatan

SHAH ALAM, 22 Disember -- Kerajaan melalui agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan bakal mewajibkan modul khas kesihatan terutamanya kepada golongan belia terpinggir di negara ini. Menteri Kesihatan, Dato' Seri Mohd. Amirul Atan berkata, modul khas itu mencakupi beberapa aspek kesihatan yang dianggap kritikal seperti masalah berat badan berlebihan, kegagalan dalam percintaan serta bebanan hutang melampau.
Beliau ditemui wartawan ketika melakukan lawatan mengejut ke sebuah rumah kebajikan 'Kasih Pinggiran' di Seksyen U12, dekat sini, petang semalam. Ketika ditanya pendapat beliau mengenai tiga penghuni di rumah tersebut yang sedang tenat, beliau mengulas bahawa fail siasatan telahpun di buka dan pembedahan post-mortem bakal dilakukan ke atas ketiga-tiga penghuni tersebut serta-merta. 
Dalam perkembangan berkaitan, ketiga-tiga penghuni rumah kebajikan tersebut, Amir Zaki Ayob (27), Mohd Riduan Ismail (28) dan Muhammad Luthfi Mohaini (29) yang enggan bangkit dari pembaringan ketika diserbu wartawan, telahpun dipindahkan ke wad psikologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Seorang jiran terdekat yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Ani (78)  berkata, "Depa semua ni dok meracau dah tiga malam, Mak Cik Ani pon risau la kan. So, I called TV3 la kan. Mana tau bleh settle la kan." Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Penang Mari menambah bahawa selain meracau di waktu malam, ketiga-tiga belia tersebut juga sering berkejaran sesama sendiri di sekeliling kawasan perumahan tersebut, tanpa pakaian. "Maybe sekarang depa semua tu dah letih kot," ujarnya lagi.
KEMBAR SIAM..enggan dipisahkan
walaupun berat badan menjadi beban
yang tidak terbendung lagi.
MALANG...Kegagalan buah pinggang
berfungsi dipercayai menjadi punca
beliau enggan bangkit dari tidur
semenjak minggu lalu.

Pada masa yang sama, orang ramai yang mengenali waris ketiga-tiga belia ini bolehlah menghubungi Talian Hayat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di 013-6545413 ataupun menghantar e-mail ke http://kualapilahnexttopmodel.blogspot.com. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment